Sunday 29 July 2012

ADAKAH DOAKU TELAH MENYEBABKAN ISTERIKU TERASA TERTEKAN?



Peristiwa berlaku di awal Tahun 1990an di mana aku telah diamanahkan beberapa tugas dalam Pendidikan iaitu :-
1.   Guru Besar
2.   Pengerusi Kajian dan Projek Khas 
      di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bota

Disebabkan aku adalah Guru Besar yang paling muda di dalam Daerah, aku terpaksa menunjukkan kemampuan aku agar tidak DIPERLECEHKAN oleh umum hingga mengurangkan PERHATIAN AKU TERHADAP ISTERIKU YANG SEDANG MENGANDUNG.

AKU DI HARI KOKURIKULUM
APABILA DITURUNKAN PANGKAT (KALI KE III)
DARI GURU BESAR KE PK KOKURIKULUM
DI TAHUN 2007

"Satu hari nanti kamu akan merasa apa yang aku rasa" itulah kata hatiku terhadap isteriku apabila beliau cuba menghalang aku dari mengadap PC dengan cara yang agak kasar. Bukan salah dia .... masa itu aku LEBIH MENUMPUKAN KEPADA KAJIAN DAN PROJEK AKU HINGGA AKU BERJAYA MENJADI "GURU INOVATIF PERTAMA NEGERI PERAK (1993)" dan PKG Bota menjadi PKG yang menyalurkan KEPUTUSAN UPSR YANG MEMBANGGAKAN (42/72 = FULL A @ 4A).


Selang beberapa tahun, kami berpindah ke Manjung dan bermulalah PERISTIWA YANG MENGHALA KE ARAH "DOAKU" di mana isteriku dah mula MENUNJUKKAN SESUATU yang di luar jangkaan aku.

1.   Sekolah Pertama menggunakan SISTEM "KOD" dalam Pusat Sumber Negeri Perak apabila Guru Besarnya mengamanahkan beliau menjadi Penyelaras Pusat Sumber.
2.   Tahun 2005 beliau telah dilantik dengan KENAIKAN PANGKAT DGA32 sebagai Penyelaras PKG yang menjadi BENCHMARK NEGERI.
3.   Tahun 2010 beliau ditawarkan ke DGA34 tetapi menolak disebabkan JAUH SANGAT.
4.   Tahun 2012 beliau memohon kembali ke sekolah dengan jawatan sebagai PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.
5.   Minggu lalu, beliau ditawarkan untuk kenaikan pangkat sebagai GURU BESAR DGA 34 dan beliau terima. Beliau TERIMA.

MALANGNYA .... APA YANG AKU TERIMA DI TAHUN  1989 TELAH MENIMPA DIRINYA ....... AKU HANYA BOLEH BERKATA ... "INILAH YANG AKU TERIMA DULU .... TERUSKAN .... DAN TUNJUKKANLAH KEMAMPUAN KAMU".


Sejak beberapa lalu, isteriku begitu gelisah. Apakah yang diterimanya sekarang ini ... samalah dengan apa yang aku terima di Tahun 1989 lalu .... dimana beliau dikatakan:-
1.   Terlalu BARU .... kenapa terus jadi GB?
2.   Dari PK Kokurikulum terus ke GB DGA34
3.   BUTAKAH mata siapa yang melantiknya?
4.   Mampukah dia mengandalikan sekolah?

Pada aku, itu semua tak penting .... aku hanya memikirkan .... ALLAH TELAH MAKBULKAN DOA AKU YANG AKU DAMBARKAN DI TAHUN 1990AN LALU.

Aku hanya mampu mendoakan .... SEMOGA ANDA BERJAYA MENUNJUKKAN
YANG TERBAIK

INSYA ALLAH
AMIN


Saturday 28 July 2012

SIAPA NAK BANTUAN INOVASI ...SILA HUBUNGI SAYA SEGERA



Beberapa hari lalu ada panggilan telefon .....

Telefon : Tinjaukan saya BAHAN INOVASI  
               yang boleh diketengahkan ... kalau 
               boleh carikan saya 10 bahan dari
               penduduk tempatan.
Aku : OK .... saya akan cuba.

Teringat aku .......

1.  Seorang rakan yang mengusahakan kelapa sawit. Beliau mencipta SET MENGEPAM RACUN YANG MUDAH DAN MURAH.
GAMBAR HIASAN SAHAJA

2.  Satu kampung di pinggir pantai di mana semua  penduduknya menangkap udang dengan menggunakan SERKAP JARING TANPA TURUN KE LAUT.
GAMBAR HIASAN SAHAJA

3.  Satu pokok yang diambil daunnya pada waktu sebelum senja, digunakan untuk MENGHALAU NYAMUK.
GAMBAR HIASAN SAHAJA

4.  Sebiji tin drum yang diubahsuai untuk dijadikan SET PEMBAKAR LEMANG.
GAMBAR HIASAN SAHAJA
5.  ?
6.  ?
7.  ?
8.  ?
9.  ?
10.?

Jadi, saya ingin mendapatkan 6 bahan lagi.

JIKA ANDA MEMPUNYAI BAHAN INOVASI DAN
PERLUKAN BANTUAN MODAL
(TAK PERLU BAYAR KEMBALI)

SAYA HANYA MAMPU TAWARKAN
 UNTUK
WARGA DI SEKITAR MANJUNG DAN PERAK TENGAH

SILA HUBUNGI SAYA
dengan cara
HANTAR GAMBAR BAHAN SERTA DOKUMENNYA MELALUI INBOX



TERIMA KASIH

Friday 27 July 2012

"GAJAH BATU" DI BELAKANG HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG ADALAH PENINGGALAN "PENJARAH SIAM YANG KARAM"?



Di awal 1980an aku selalu berkunjung ke Perkampungan Asli (Kaum Semai) di Bota yang kebetulan bersebelahan dengan kebun pusaka datukku.

Masa itu, Tok Batin Itam Mat Hasan merupakan Penghululu Kg Tumbuh Hangat ... aku selalu bersembang-sembang dengannya.

"Dulu ... kami yang tinggal di Lambor tu. Bila ORANG BAROH datang, kami pindah ke DARAT. Itu sebabnya nama kampung Cikgu tu namanya LAMBOR. Lambor tu bahasa kami" katanya sambil berbaring di dalam buaian sambil cucunya yang masih kecil baring di dakapannya sambil berbuai.


 "GAJAH BATU"
DI SEBELAH KIRI HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG
(ALIRAN ASAL SUNGAI PERAK)


CUBA BACA DAN FIKIRKAN KENYATAAN DI BAWAH INI UNTUK PERBINCANGAN SELANJUTNYA.

1.  Terdapat sebatang pokok besar merentasi Sungai Perak yang menghalang laluan/aliran sungai. Beberapa kali percubaan untuk memotongnya tetapi TAK BERJAYA dan akhirnya "MEREKA PUN BERLAMBOR" dan keesokannya barulah batang kayu itu berjaya dipotong.

2.   Di sebelah kawasan yang diceritakan terdapat SELONGGOK GAJAH BATU (anak beranak) yang dikatakan orang kampung sebagai SUMPAHAN SANG KELEMBAI.

3.   Dikatakan, LALUAN PURBA untuk ke Beruas adalah dari Sungai Perak dan mudik melalui ANAK SUNGAI di kawasan Kampung Tua, Belanja. Di sinilah "PINTU MASUK" Penjarah Siam untuk ke Beruas melalui Kubang Aji dan seterusnya ke Dendang, Beruas.

Dari TIGA kenyataan di atas dan keterangan selanjutnya, menunjukkan bahawa ....

1.   Tiada PETEMPATAN di sebelah hulu tebing kanan sungai bermula dari GAJAH BATU berkenaan.

2.  Tiada sebarang PENJARAHAN dilakukan oleh SIAM selepas (sebelah hilir) GAJAH BATU itu dan di situlah PETEMPATAN yang didirikan oleh KETURUNAN LAMBOR yang dinyatakan oleh Tok Batin (Rujuk Perkara 1).

KESIMPULANNYA .......

1.   KERAJAAN SIAM SAMA SEKALI TIDAK PERNAH MELAKUKAN SEBARANG PENJARAHAN/PERJALANAN SELEPAS "GAJAH BATU" BERKENAAN.

2.   INI KEMUNGKINAN TELAH BERLAKU MALAPETAKA TERHADAP PELAYARAN MEREKA UNTUK KE HILIR DENGAN BERLAKUNYA "KAPAL KARAM" APABILA TERSEKAT OLEH "BATANG KAYU" YANG MELINTANG LALUAN/ALIRAN SUNGAI.

3.   TAKKAN HANYA "GAJAH BATU" SAHAJA YANG TENGGELAM DI SITU. KEMUNGKINAN ADA BARANGAN LAIN YANG TURUT TENGGELAM DAN TAK DAPAT DISELAMATKAN.

Oleh itu, SAYA AKAN CUBA MENGHURAIKANNYA .... JIKA/SETELAH MENDAPAT KEBENARAN/BANTUAN DARI PIHAK TERTENTU.

DIHARAPKAN DAPAT BANTUAN YANG MAKSIMUM
DARI
PEMIMPIN DI ATAS


WALLAHUALAM


Thursday 26 July 2012

MURID KENA DAKWA JIKA BERAT BEG LEBIH DARI 3KG?




KEMENTERIAN PELAJARAN TIDAK MENYUMBANG KE ARAH INI
TAPI 
KEBANYAKANNYA ..... PIBG YANG MENJURUSKANNYA

Aku menjadi Guru pada 16 April 1979. Dilantik menjadi Guru Besar pada pertengahan Tahun 1989 dan aku adalah Guru Inovatif Pertama Negeri Perak (1993).

Aku asalnya ORANG SUSAH .... nak bayar Yuran Sekolah pun tak mampu kerana adik beradik ramai.

Dari sini, aku gunakan PENGALAMAN aku  untuk dipergunakan di sekolah yang aku diamanahkan hinggalah di Tahun 2000 di mana aku dipindahkan ke sekolah PALING KECIL disebabkan :-

1.   ENGKAR PERINTAH 
      - Melawan PPD dan Timbalan PPD yang SEMEMANGNYA PENYOKONG TEGAR BARISAN ALTERNATIF. Mereka gagal menghalang aku BERGERAK di PRU 1999 menyokong BN yang SUNGGUH KRITIKAL.

2.   KRONI DIUTAMAKAN.
      - Disebabkan DG32 akan dinaikkan ke DG34 di sekolah GURU BESAR DITEMPATKAN .... aku ditukarkan ke sekolah kecil. Kroni  Timb. PPD (sama2 bersekolah di Izzudin Shah, Ipoh) yang baru saja 6 bulan menjadi Guru Besar ditempatkan di situ ... dapatlah ia DG34. 

Semasa aku menjadi Guru Besar, berbagai kaedah aku lakukan (KEBANYAKANNYA MELAWAN ARUS PERDANA) demi untuk MENGHASILKAN KECEMERLANGAN hingga sekolah aku pernah MENJADI NOMBOR 1 UPSR PERINGKAT NEGERI PERAK.

Sekarang, aku hanya PENOLONG KANAN sahaja ... (jangan ditanya KENAPA ... panjang ceritanya .. NANTI RAMAI YANG TERBABIT).

Berbalik kepada cerita ASAL .... "MURID DIDAKWA JIKA BERAT BEG SEKOLAHNYA MELEBIHI 3KG".

KADANG-KADANG TERDAPAT IBUBAPA
YANG MENGHANTAR BEG ANAKNYA 
HINGGA KE DALAM BILIK DARJAH

Jadi, aku telah berjaya MEMPRAKTIKKAN .... "BEG MURID KURANG 3KG" .... 

Setiap bulan, 
1.   Aku akan bawa ALAT PENIMBANG .... terus ke KELAS PILIHAN untuk melakukan PENCERAPAN. Jika berat beg melebihi 3kg ... aku akan keluarkan muatannya .... DAH TENTU ADA MASALAH KENAPA MELEBIHI 3KG. 
2.     Murid yang dilihat BEGNYA BERAT ... akan dipanggil dan ditimbang.

Kesannya,
1.   Bebanan murid dapat dikurangkan.
2.   Yuran PIBG dapat dikurangkan (

Bagaimana caranya ..... KENALAH ANDA ... selaku PENTADBIR DAN AJK PIBG berfikir ke arah itu. Jika aku MAMPU .... KENAPA ANDA SEMUA TAK MAMPU UNTUK MELAKUKANNYA?

Sekian .... SEKADAR BERTUKAR PENGALAMAN.

"TEPONG 1MALAYSIA CAP CEMPAKA" PUNYA PASAL ?



Beberapa hari yang lalu .... 
Aku tak tau kenapa .... TEPUNG 1MALAYSIA punya pasal .... aku terus MEREPEK-REPEK.

Ini kisahnya .......

"Jangan lupa beli tepong Cap Cempaka" pesan isteriku.

Aku pun terus menaiki basikal ke kedai "Mini Market Sekupang" untuk membeli kucai, taugeh dan TEPUNG CAP CEMPAKA.

Masa membayar ......
Taukeh.
Ini lambang 1MALAYSIA apa pasal taruh sini.

Aku.
Apa pasal?

Taukeh.
Ini SUBSIDI bukan BN punya, ini duit rakyat.

Aku.
Oh... ini mau kasi tau .... kerajaan ada beri SUBSIDI .... nanti orang tak tau.

Taukeh
Kasi sajalah ... apa bikin ini LOGO

Aku
Ini kira sudah baiklah ... dulu Komunis sapu habis DUIT RAKYAT pun kita tak bising. Apa pasal sekarang banyak bising.

Taukeh.
Mana ada Komunis angkat Rakyat punya duit

Aku.
Lu mana tau .... itu USA kasi duit ... PKM sapu banyak ... mana ada kasi rakyat. Bakar kedai .... lepas tu BIKIN BARU. Bukan sikit oiiii .... BILLIONS .... kita tarak bising pun.

BANYAK PEKAN DI BAKAR 
TAPI SEKEJAB SAHAJA TERBINA BARU

Taukeh : (DIAM TERUS)
Aku : (TELINGA PANAS ... TAMBAH PUASA)

Untuk makluman .... PKM sebagai DOMINAN dalam MPAJA telah MENGGUNAKAN USD WORLD WAR II BOND yang bernilai RATUSAN BILLION (mengikut perkiraan masakini) di tahun 1950an untuk MENINGKATKAN TARAF EKONOMI anggotanya di SELURUH MALAYA terutama Singapore dan Bandar-bandar tertentu di mana terdapat Pemimpin Utama mereka berada.
USA TELAH MENYUMBANG 2BILLIONS USD
UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN PEPERANGAN
MENENTANG JEPUN DI MALAYA( TERMASUK SINGAPORE)  DAN INDONESIA
DI TAHUN 1943 MELALUI DR AGUS SALIM
(DI MASA ITU, PKM ADALAH DOMINAN DI MALAYA DAN DIIKTIRAF OLEH BRITISH)

Mereka telah melantik Wakil PKM (Bendahari PKM) di segenap Bandar/Pekan untuk menjana DANA BERKENAAN.

Lebih malang lagi .... PKM telah menubuhkan Regimen Ke 10 yang dianggotai oleh Pemimpin Melayu. Jadi, semua DANA yang dimiliki oleh Pemimpin Melayu ini .... TAK DAPAT DIJANAKAN (kecuali yang TAK JOIN PKM).
TERTUBUHNYA REGIMEN KE 10
MENYEBABKAN DANA YANG DIMILIKI
DIBAWA BERSAMA MASUK HUTAN
(KALAU TAK MASUK HUTAN .... DAH TENTU JADI JUTAWAN)
PANDAI SUNGGUH PKM MENGEKSPLOITASI PEMIMPIN MELAYU MASA ITU

Jadi, CUBA ANDA BAYANG DAN FIKIRKAN ..... JIKA REGIMEN KE 10 TAK WUJUD .... BUKANKAH "AKAN WUJUD BEBERAPA PULUHAN/RATUSAN JUTAWAN MELAYU" SEJAK TAHUN 1950AN LAGI.

SESAL KEMUDIAN ... TAK BERGUNA LAGI

Untuk keterangan lanjut ... sila tanya/rujuk kepada Tn Hj Abdullah CD @ Cik Dat dan Chin Peng yang berada di Siam ... ADAKAH BENAR KENYATAAN aku ini?





KISAH "PAK KADUK YANG SEBENAR" DILENYAPKAN ..... ?



PENINGGALAN PAK KADUK
(Di Batu 16, Lambor Kanan, Parit, Perak)
Terdapat 8 lagi Peninggalannya yang 
TAK DAPAT DIKESAN
(TERMASUK CAPING DSBNYA)
BERAPA NILAINYA SEKARANG NI?

(HJH MAH BT PDK LOGAM)
SALAH SEORANG KETURUNANNYA

Setelah dikalahkan oleh Tentera Portugis di Melaka pada Tahun 1511, Sultan Melaka lari ke Bentan (Pusat Pemerintahan Baru Melaka) .... kalah di sana melarikan diri pula ke Kampar (juga Jajahan Melaka). Bersama-sama baginda adalah Putera dari isteri keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah.

Sebelum itu, ramai Para Pembesar berselerakan ke merata Tanah Melayu terutama ke Perak untuk mencari Petempatan Baru untuk Sultan Melaka. Di antara yang dikenalpasti adalah Penghulu Kassim ke Manjung, Tun Saban ke Janin dan Makhkota Alam ke Lambor tidak termasuk di Pesisir Pantai Perak dari Manjung hingga ke Kerian.

Setelah AGAK MANTAP, Para Pembesar di Perak telah menjemput Sultan Melaka ke Perak akan tetapi Baginda menghantar anaknya Raja Mudzaffar Shah bersama-sama dengan alat kebesaran serta para pengiringnya.

Walau pun Manjung adalah Jajahan Melaka dan Janin di bawah penguasaan Tun Saban (dikatakan Anak Bendahara Melaka), Raja Mudzaffar Shah TIDAK SAMA SEKALI DI BAWA KE SANA (Manjung dan Janin) tetapi di bawa masuk melalui Kuala Sungai Perak melalui Beting Beras Basah. Kenapa ini dilakukan?. Kemungkinan untuk mengelakkan dari Portugis yang cuba MEMUPUSKAN KESULTANAN MELAKA yang dianggap begitu berkuasa pada masa itu.

Di masa itu, Perak mempunyai beberapa Petempatan yang dikuasai oleh Tokoh-tokoh Tertentu :-

1.   Manjung - Penghulu Kassim (dari Melaka)
2.   Beruas - (Tak dapat dikesan)
3.   Janin - Tun Saban (dari Melaka)
4.   Temong - Tok Temong (seorang Wanita)
      -  (Tebing Kiri, dari Kota Setia - Lenggong)
5.   Lambor - Mahahara Lambor (Dari Aceh)   
    -(Tebing Kanan, dari Bgn Datoh-Lenggong)
6.   Kerajaan Reman - Raja Reman (Siam)
      -  (Lenggong ke Utara)

UNTUK KETERANGAN LANJUT 

Telah disyaratkan oleh Tok Temong (Seorang Wanita Kaya) bahawa "TIADA SEBARANG ISTANA DIBINA DI TEBING KIRI SG PERAK) .... maka Tebing Kanan Sg Perak menjadi PILIHAN UTAMA.


Berbalik kepada Tun Saban dan Penghulu Kassim yang dikatakan MENJEMPUT Raja Muzaffar Shah di Beting Beras Basah PADA MULANYA telah membawa Raja Muzaffar Shah masuk ke Perak dengan menaiki gajah menuju KE HULU untuk mencari PETEMPATAN BARU YANG SESUAI, tapi TELAH MEMBATALKANNYA lalu mudik menaiki BAHTERA melalui Sg Perak ..... lalu singgah di KAMPONG TUA (baginda tinggal di BAHTERA beberapa bulan sehinggalah MAHARAJA LAMBOR memberi TAPAK UNTUK MEMBINA ISTANA di Tanah Abang, Padang Merhum, Telok Bakong, Lambor Kanan di pinggir Sg Perak di sebelah hulu (lebihkurang 2km dari Kampong Tua ini).

Disebabkan keluasan TAPAK ISTANA YANG DIBERI OLEH MAHARAJA LAMBOR AGAK SEDIKIT (lebihkurang puluhan ekar sahaja)..... Sultan Mudzaffar Shah telah memujuk PAK KADOK untuk MELEPASKAN TANAHNYA .... (maka berlakulah cerita dongeng "PAK KADUK KALAH MENYABUNG AYAM") ..... akhirnya Sultan Perak dapatlah menguasai tanah dari BOTA KANAN - KERAJAAN REMAN .... Kg Beng, Lenggong (masih kosong ... tiada penduduk) dan Pak Kadok pulang ke Deli dengan membawa "EMAS URAI @ SERBUK EMAS".


Untuk makluman (mengikut ADAT PEMBUKAAN PETEMPATAN "SIAPA YANG TERAKHIR, BELIAULAH YANG MEMILIKI TANAH SETERUSNYA HINGGALAH TERDAPAT PETEMPATAN BARU atau PENEROKA BARU YANG DILULUSKAN"


Pak Kadok di masa itu adalah PENEROKA TERAKHIR .... jadi beliaulah YANG MENGUASAI KAWASAN DI SEBELAH HULU TEBING SUNGAI PERAK hingga ke Lenggong jadi BERURUSANLAH "MEREKA" dengan Pak Kadok untuk tujuan tersebut.

Pak Kadok berpindah ke SEBERANG KIRI (Lambor Kiri) iaitu ke KAWASAN SAUDARA PEREMPUANNYA ... Tok Temong. Dengan berbekalkan "EMAS URAI" beliau balik ke Deli dan kembali ke Lambor sebagai SAUDAGAR KAYA beberapa tahun kemudian .... hingga kini KETURUNANNYA yang berasal dari SEMBILAN ANAK-ANAKNYA menetap di Perak dan sebahagian darinya MASIH MENETAP DI LAMBOR dan sekitar Perak   Tengah @ Parit.

Setelah kematian Tok Temong, barulah Sultan Perak memberanikan diri MEMBINA ISTANA/PETEMPATAN di sebelah KIRI SUNGAI PERAK.


Perlu diingat, KAUM ASLI di masa itu MENDIAMI KAWASAN BUKIT DI MERATA TEBING KANAN SUNGAI PERAK bermula dari Hulu Perak ..... hinggalah ke Slim hingga diriwayatkan  "TERDAPAT ZURIAT HASIL DARI PERNIKAHAN SULTAN PERAK DENGAN ANAK KETUA KAUM ASLI DI HULU KINTA" .... sila cari sendiri .... SIAPA KETURUNANNYA .....


Oleh itu, saya (walaupun saya BUKAN DARI KETURUNANNYA) mengharapkan kepada SEMUA PARA PEMBACA ..... AGAR MEROMBAK DAN MENGUBAH PERSEPSI TERADAP "PAK KADOK" DARI "NEGATIF" KE TAHAP YANG SEWAJARNYA.

WALLAHHUALAM

Friday 20 July 2012

BERTAHUN-TAHUN MASIH ADA HOST-HOST WANITA "MARI BERSAHUR TV3" TAK TAU BERTUDUNG KEPALA?



Tolong ler hormat sikit Bulan Ramadhan ni ..... dah bertahun-tahun rancangan yang bagus ni rasa tak berapa manis ..... datang ke rumah orang (bertandang) .... 
Jangan ada  nanti .... ada yang Host/Crew Wanita yang pakai JEAN dan T-SHIRT saja.



SELAMAT BERPUASA